Krisis global: dahulu dan sekarang

Krisis global: dahulu dan sekarang

2020-03-25 • Dikemaskini

Oleh kerana koronavirus sudah pun masuk ke senarai elit penyebab-penyebab krisis ekonomi terburuk di dunia, maka munasabah jika kita bandingkannya dengan beberapa pembuat onar global sebelum-sebelum ini. Namun, sebelum kita bandingkan kesan ekonomi pandemik ini, mari bandingkan impak COVID-19 kepada manusia berbanding wabak-wabak global yang pernah dunia saksikan setakat ini, hanya untuk membolehkan kita mendapat perspektif yang lebih baik.

Memetakan virus ini

Ini impak koronavirus setakat ini: lebih dari 300,000 yang sudah disahkan dan 14,474 kematian di seluruh dunia. Peta di bawah menunjukkan serakan jangkitan, yang mana pada masa ini paling parah sekali ialah di Eropah, AS, Iran, selain dari China itu sendiri.

2.png

Sumber: Bloomberg

Penularan virus ini ke seluruh dunia suatu yang mengerikan (ia lebih mengerikan lagi bila disampaikan oleh media). Sekarang, mari kita bandingkan impak kemanusiaan dari virus ini dengan kes-kes silam yang pernah terjadi sebelum ini.

Impak kemanusiaan

3.png

Sumber: www.sciencenews.org

Ini satu panduan visual, yang memberikan kita sedikit harapan. Memandangkan bilangan kes di China, yang dikatakan sebagai tempat asal virus ini, sudah dua minggu meninggalkan kemuncak graf bilangan total jangkitan, kita berkebarangkalian dapat melihat trend yang sama di seluruh dunia sekitar dua minggu lagi, malah mungkin lebih awal dari itu. Kesannya, impak kerosakannya kepada manusia dijangka sedikit lebih rendah dari kebanyakan pandemik yang telah melanda tidak lama sebelum ini.

Juga, seperti yang anda mungkin dapat lihat sendiri, pembentangan data ini sudah sangat lapuk: ia menunjukkan 2763 kematian di seluruh dunia pada 26 Februari, sekitar sebulan yang lalu. Dan itu berita yang baik: statistik mengatakan bahawa penyakit-penyakit lain yang disebutkan menular dengan lebih pantas berbanding dari 3,000 kepada "hanya" 14,400 dalam empat minggu. Jelas sekali, "hanya" di sini merujuk hanya pada penularan virus dari perspektif matematik dan hanya mahu mengatakan bahawa perambatan virus ini bukan secara eksponen tetapi lebih kepada linear. Setiap satu penambahan kepada bilangan tersebut adalah nyawa seseorang dan di luar sana ada air mata yang akan mengalir, dan kami juga jika boleh tidak mahu ada sesiapa pun yang menjadi mangsa.

Sekarang, bila kita sendiri pun sudah sedikit bayangan bagaimana episod ini akan berakhir, satu lagi kisah lain mula memunculkan diri kepada mereka yang sedang memerhati. Bahaya sebenar kepada dunia bukanlah virus ini tetapi kesan ekonomi yang ia sebabkan.

Kesan ekonomi

Virus datang dan pergi, meragut ribuan nyawa manusia tatkala ia singgah untuk bersama dengan kita – itu realiti kesan segeranya. Bagaimana dengan kesannya secara menyeluruh?

Para pemerhati sudah mula membuat perkiraan mereka tatkala langkah-langkah mencegah virus ini mula memberikan kesan kepada ekonomi global dan penghujungnya masih belum kelihatan. Seberapa burukkah kesannya secara ekonomi? Katakanlah, berbanding krisis kewangan tahun 2008?

Pasaran saham

S&P500Monthly.png

Krisis tahun 2008 memaksa S&P turun dari 1,600 menjadi 700. Itu penurunan sebanyak 76%. Pada masa ini, indikator ini berada di 2,200 – itu setelah ia mencapai paras tertinggi sepanjang zaman dengan 3,400. Bermakna, ia telah jatuh 35%. Sesetengahnya meramalkan kemerosotan ke paras 2,000 sebagai senario terburuk yang mungkin, dan sungguh pun begitu kejatuhan itu masih lagi tidak lebih dari 41%, dan senario tersebut dianggap sebagai sudah berada di zon merah spektrum kebarangkalian. Jadi dari perspektif saham, koronavirus ini tidaklah sebegitu mengerikan berbanding dengan krisis kredit 2008. Bagaimana pun, semua itu hanya mengambil kira keadaan setakat ini sahaja. Walaupun ada pendapat-pendapat yang mengatakan keadaan akan mula pulih tidak lama lagi, kita hanya akan dapat menyaksikan kebenarannya hanya bila sudah tiba masanya.

Kelainan

Dalam masa yang sama, ada pendapat yang menyatakan bahawa situasi sekarang sudah dan berkebarangkalian tinggi lebih buruk dari krisis 2008.

Sebagai contoh, lebih dari 1 juta dijangka akan hilang pekerjaan di AS menurut analisis awal – itu jauh lebih tinggi dari di tahun 2008. Oleh kerana ini suatu faktor yang fundamental, ia boleh membawa kesan yang amat buruk, lebih dari apa yang diunjurkan sekarang.

Faktor-faktor "sampingan" seperti perang harga minyak memburukkan lagi keadaan, memaksa pasaran global memasuki fasa kemelesetan dan kacau-bilau. Kemelesetan ini mungkin lebih lemah tetapi bila ditambah lagi dengan kesan dari koronavirus, perang harga minyak kali ini lebih dahsyat dan menjadi suatu faktor yang sentral, bukan lagi sekadar "sampingan".

Tambahan lagi, kerjasama antarabangsa berada di tahap yang lebih rendah berbanding di tahun 2008. Pengasingan dan individualisme daulah adalah pendekatan dasar diplomatik antarabangsa yang utama pada waktu ini – 12 tahun dahulu keadaannya tidak seperti ini (sekurang-kurangnya, tidak ke tahap seperti sekarang). Adalah penting untuk mengambil kira perkara ini kerana api yang membakar ekonomi dunia sekarang dapat dipadamkan dengan lebih mudah dan pantas jika ia ditangani secara kolektif, tapi ini tidak mungkin terjadi. Di Eropah, UK sedang bertungkus-lumus dengan Brexit, ia tidak mahu dan tidak mempunyai mandat perundangan untuk memimpin Eropah keluar dari krisis kewangan. Eropah sendiri tampak lebih berpecah-belah berbanding di tahun 2008.

Atas sebab-sebab ini, terdapatnya terlalu banyak faktor fundamental membuatkan situasi semasa berbeza dari keadaan 10 tahun lalu. Itu merumitkan sebarang perbandingan dan semakin menakutkan para pemerhati kerana mereka tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi.

Akhirnya

2008 "hanyalah" suatu krisis kredit – ia satu masalah yang dicipta oleh manusia dan oleh kerana itu boleh dikawal. Tidak ada siapa yang mati dan negara-negara tidak perlu menutup sempadan mereka. Kali ini keadaannya jauh berbeza: dunia berhadapan dengan ancaman dari alam semulajadi. ia mengancam nyawa manusia dan tidak boleh ditangani dengan hanya menjadikan kertas imbang duga lebih telus. Justeru, kita berhadapan dengan suatu "precendent". Marilah kita harapkan untuk yang terbaik, dan lakukan persiapan urusniaga dengan baik juga.

Serupa

Brexit: masa hadapan GBP
Brexit: masa hadapan GBP

Brexit selesai. Apa yang akan terjadi pada ekonomi UK dan pound? Ketahui di dalam artikel kami.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera