Cara Untuk Berdagang Pola Morning Star dan Evening Star

Cara Untuk Berdagang Pola Morning Star dan Evening Star

2023-05-09 • Dikemaskini

Di antara pelbagai indikator yang digunakan oleh pedagang dan pelabur untuk meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan ialah carta candlestick. Alat analisis teknikal yang popular ini memberikan gambaran visual pergerakan aset dalam satu tempoh tertentu.

Artikel ini akan memberi tumpuan kepada dua pola candlestick songsang yang paling andal digunakan oleh pedagang: Morning Star dan Evening Star.

Apakah itu pola Morning Star?

Morning Star muncul pada penghujung downtrend, mengisyaratkan penyongsangan bullish akan berlaku. Ia terdiri daripada tiga candlestick: yang pertama ialah candlestick merah panjang, diikuti dengan candlestick pendek berwarna merah atau hijau, kemudian diikuti pula dengan candlestick hijau yang panjang. Secara idealnya, candlestick kedua harus berada di bawah sedikit daripada candlestick yang pertama (dibuka lebih rendah daripada harga penutupan hari sebelumnya); dan candlestick yang ketiga berada sedikit tinggi di atas candlestick yang kedua (dibuka lebih tinggi daripada harga penutupan hari sebelumnya).

Morning Star_14-03-2023.png

Kemunculan Morning Star membuatkan bear hilang momentum dan bull pula mula mengawal pasaran. Peralihan dalam sentimen ini menunjukkan bahawa harga aset mungkin akan meningkat, jadi pedagang mungkin ingin mempertimbangkan untuk membuka posisi dagangan long.

Walau bagaimanapun, pedagang tidak seharusnya bergantung kepada pola Morning Star semata-mata sebagai indikator semasa membuat keputusan perdagangan. Faktor penting lain yang perlu dipertimbangkan ialah analisis fundamental aset, keadaan pasaran dan strategi pengurusan risiko.

Apakah itu pola Evening Star?

Pola Evening Star adalah berlawanan dengan pola Morning Star. Berlawanan dengan pola bullish Morning Star, Evening Star ialah pola yang menandakan penyongsangan bearish dalam pasaran bullish. Ia terdiri daripada tiga candlestick: yang pertama ialah candlestick hijau panjang, diikuti dengan candlestick pendek berwarna merah atau hijau, kemudian diikuti pula dengan candlestick merah yang panjang. Idealnya, candlestick kedua harus berada lebih tinggi sedikit daripada candlestick yang pertama (dibuka lebih tinggi daripada penutupan hari sebelumnya); dan candlestick yang ketiga harus berada sedikit rendah daripada candlestick yang kedua (dibuka lebih rendah daripada penutupan hari sebelumnya).

Evening Star_14-03-2023 (1).png

Pola Evening Star membantu pedagang dan pelabur untuk mengenal pasti peluang untuk mereka menjual aset sebelum harganya jatuh. Walau bagaimanapun, seperti Morning Star, adalah penting memahami bahawa tiada satu pun indikator teknikal atau pola yang antigagal. Pelbagai gabungan alat dan teknik analisis harus sentiasa digunakan untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih baik.

Bagaimana cara berdagang dengan pola Morning Star?

Apabila menggunakan pola Morning Star sebagai alat dalam perdagangan, pedagang harus mencari kriteria berikut:

  • Candlestick pertama mestilah candlestick merah panjang yang menunjukkan trend bearish.
  • Candlestick kedua mestilah pendek dan senggang ke bawah (gap down) daripada candlestick pertama.
  • Candle ketiga haruslah panjang dan berwarna hijau serta membentuk senggang ke atas (gap up) daripada candle kedua.
  • Pola itu harus digandingkan dengan indikator teknikal lain dan analisis fundamental yang menyokong penyongsangan bullish.

Jika seorang pedagang sedang mempertimbangkan untuk membuka posisi beli, mereka harus meletakkan pesanan renti rugi mereka di bawah paras rendah candlestick kedua. Sasaran keuntungan boleh ditetapkan berdasarkan pergerakan harga aset dan strategi pengurusan risiko pedagang.

Bagaimana cara berdagang dengan pola Evening Star?

Apabila menggunakan pola Evening Star sebagai alat dalam perdagangan, pedagang harus mencari kriteria berikut:

  • Candlestick pertama mestilah candlestick hijau panjang yang menunjukkan trend bullish.
  • Candlestick kedua mestilah pendek dan membentu senggang ke atas (gap up) daripada candlestick pertama.
  • Candle ketiga haruslah panjang dan berwarna merah serta membentuk senggang ke bawah (gap down) daripada candle kedua.
  • Pola itu harus digandingkan dengan indikator teknikal lain dan analisis fundamental yang menyokong penyongsangan bearish.

Jika seorang pedagang sedang mempertimbangkan untuk membuka posisi jual, mereka harus meletakkan pesanan renti rugi mereka di atas paras maksimum candlestick kedua. Sasaran keuntungan boleh ditetapkan berdasarkan pergerakan harga aset dan strategi pengurusan risiko pedagang.

Had Penggunaan Pola Morning dan Evening Star

Pola Morning Star dan Evening Star ialah indikator penyongsangan trend yang amat berguna, tetapi ia bukanlah indikator yang antigagal. Apabila menggunakan alat analisis ini dalam perdagangan, pedagang harus sedar tentang keterbatasannya yang berikut:

  • Pola ini mungkin tidak berkesan dalam semua keadaan pasaran. Dalam pasaran yang sangat meruap, sebagai contoh, pola Morning dan Evening Star mungkin kurang andal (less reliable).
  • Kadangkala, pola Morning atau Evening Star boleh memberikan signal yang tidak betul. Jika pedagang menggunakan pola ini sahaja semasa membuat keputusan perdagangan, mereka boleh mengalami kerugian yang besar jika pasaran tidak menyongsang seperti yang dijangkakan.

Di samping sentiasa menggabungkan pola Morning dan Evening Star dengan alat analisis lain, pedagang juga perlu menggunakan strategi pengurusan risiko yang betul. Sentiasa rancang tentang cara untuk menguruskan perdagangan, termasuk pesanan renti rugi dan sasaran ambilan untung.

Ringkasan

Pola perdagangan Morning Star dan Evening Star ialah indikator yang berguna untuk mengesan potensi berlakunya penyongsangan trend dalam pasaran kewangan. Pedagang biasanya menggunakan pola ini untuk mengenal pasti peluang beli atau jual yang berpotensi. Bagaimanapun, alatan ini tidak sepatutnya digunakan secara tunggal. Dalam membuat keputusan perdagangan, pedagang juga harus mempertimbangkan indikator teknikal lain, analisis fundamental dan strategi pengurusan risiko.

Serupa

Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan

Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).

Strategi Perdagangan Momentum
Strategi Perdagangan Momentum

Artikel ini akan menerokai strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan dalam pasaran Forex.

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah perbezaan antara pola Morning Star dan Evening Star?

    Pola Morning Star dan Evening Star adalah pola yang betul-betul berlawanan antara satu sama lain. Morning Star memberikan signal penyongsangan bullish dalam trend bearish, manakala Evening Star pula memberikan signal penyongsangan bearish dalam trend bullish.

  • Apakah perbezaan antara pola Morning Star dan Morning Star Doji?

    Pola Morning Star Doji adalah variasi bagi pola Morning Star yang biasa. Untuk pola ini, candlestick kedua bersaiz kecil dan tidak mempunyai sumbu yang ketara, rupanya kelihatan seperti tanda +. Pola jenis ini membentuk pengesahan penyongsangan yang kukuh apabila bear mula mengawal selepas ketidakpastian pasaran, yang membawa kepada penurunan harga selanjutnya.

  • Bagaimanakah anda boleh mengenal pasti pola Morning Star dan Evening Star pada carta?

    Morning Star ialah pola candlestick bullish yang terdiri daripada candle merah panjang, candle hijau atau merah pendek dan candle hijau panjang. Candle ketiga pola ini naik sekurang-kurangnya separuh daripada panjang candle pertama.

    Evening Star ialah pola candlestick bearish yang terdiri daripada candle hijau panjang, candle hijau atau merah pendek dan candle merah panjang. Candle ketiga pola ini turun sekurang-kurangnya separuh daripada panjang candle pertama.

  • Sejauh manakah pola Morning dan Evening Star ini boleh diandalkan?

    Pola Morning Star dan Evening Star berguna dalam mengenal pasti kemungkinan berlakunya penyongsangan, yang boleh diterjemahkan kepada peluang membeli atau menjual. Ia alat yang andal, tetapi seperti alat analisis teknikal yang lain, ia tidak semestinya tepat. Pedagang perlu selalu menggabungkannya dengan beberapa indikator lain semasa membuat keputusan perdagangan mereka.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera