• 13 June 2024
  • Asas

Memahami Pola Bullish Engulfing: Contoh dan Implikasi

MDP-3296_Bullish_and_Bearish_Flag_Patterns_1_MS.png

Apakah itu pola bullish engulfing?

MDP-3296_1200x675_2.png
Pola Bullish Engulfing

Pola ini adalah pola candlestick yang popular dalam bidang analisis teknikal yang menandakan potensi penyongsangan downtrend. Pola ini terdiri daripada dua candlestick: yang pertama adalah candlestick bearish diikuti dengan candlestick bullish yang lebih besar yang mengepung sepenuhnya badan candlestick sebelumnya.

Apa maksudnya?

Ini adalah signal yang kuat yang memberitahu kita kemungkinan penyongsangan trend dari bearish ke bullish, menjadikannya alat yang penting untuk mengenal pasti titik masuk yang sesuai untuk posisi long.

Pola candlestick ini penting kerana ia menunjukkan perubahan sentimen pasaran. Candlestick bearish mencerminkan tekanan jual dan downtrend, sementara candlestick bullish berikutnya menunjukkan minat beli yang kuat dan potensi penyongsangan. Trader mentafsirkan pola ini sebagai tanda bahawa pembeli telah mengatasi penjual, menunjukkan bahawa harga mungkin akan bergerak lebih tinggi tidak lama lagi.

Untuk menggunakan pola ini dengan berkesan, anda mungkin ingin mendapatkan pengesahan daripada indikator teknikal lain, seperti peningkatan volum urusniaga atau pola candlestick tambahan.

Bagaimana anda mentafsir dan menggunakannya?

Ditafsirkan sebagai signal beli yang kuat, pola bullish engulfing sering digunakan untuk mengenal pasti titik masuk untuk posisi long dan untuk memanfaatkan pergerakan harga di pasaran kewangan.

Selain itu, anda mungkin mahu mendapatkan pengesahan daripada indikator teknikal lain, seperti peningkatan volum urusniaga atau pola candlestick tambahan, untuk mengukuhkan kesahihan signal.

Memahami implikasi pola ini akan membantu anda membuat keputusan yang tepat dan menjangkakan pergerakan pasaran dengan berkesan. Anda akan mendapat perspektif yang berharga tentang sentimen pasaran, memantapkan lagi strategi perdagangan anda.

Contoh

Katakan anda sedang melihat carta harga suatu saham, dan anda ternampak dua batang candlestick yang berturut-turut seperti berikut:

Hari 1. Candlestick pertama adalah candlestick bearish kecil, menunjukkan sedikit penurunan harga, dengan harga pembukaan yang lebih tinggi daripada harga penutupan.

Hari 2. Candlestick kedua adalah candlestick bullish yang lebih besar yang mengepung sepenuhnya badan candlestick hari sebelumnya, dengan harga pembukaan lebih rendah daripada harga penutupan.

Pembentukan ini, di mana candlestick bullish mengepung sepenuhnya candlestick bearish hari sebelumnya, adalah pola bullish engulfing. Ia menunjukkan potensi penyongsangan trend daripada downtrend kepada uptrend, yang menunjukkan peningkatan tekanan beli dan kemungkinan pergerakan harga ke atas.

Anda boleh mentafsirkan pola ini sebagai satu signal untuk memasuki posisi long atau mempertimbangkan peluang membeli dengan jangkaan bahawa momentum kenaikan harga saham akan meneruskan pergerakannya kembali. Sekali lagi, pengesahan melalui analisis volum atau indikator teknikal lain dapat mengukuhkan lagi kesahihan pola ini.

Bullish vs bearish: membandingkan dua pola engulfing

MDP-3296_1200x675_3.png
Pola Bullish Engulfing

Pola bullish engulfing

Pola bearish engulfing

Definisi

Terdiri daripada sebatang candlestick bearish yang lebih kecil diikuti dengan candlestick bullish yang lebih besar yang mengepung sepenuhnya badan candlestick sebelumnya, menandakan potensi penyongsangan trend dari bearish ke bullish.

Terdiri daripada sebatang candlestick bullish yang lebih kecil diikuti dengan candlestick bearish yang lebih besar yang mengepung badan candlestick sebelumnya, menunjukkan potensi peralihan dari sentimen bullish ke sentimen bearish

Tafsiran

Dianggap sebagai signal penyongsangan bullish, pola ini mencadangkan terdapat peningkatan minat beli dan potensi kesinambungan uptrend.

Dilihat sebagai signal penyongsangan bearish, ia menunjukkan tekanan jual yang tinggi dan potensi kesinambungan downtrend.

Sentimen pasaran

Mencerminkan peralihan sentimen dari bearish ke bullish, dengan pembeli menguasai penjual.

Menunjukkan perubahan sentimen dari bullish ke bearish, dengan penjual mendominasi pembeli.

Strategi trading

Digunakan sebagai signal beli untuk memasuki posisi long dan memanfaatkan potensi kenaikan harga.

Digunakan sebagai signal jual untuk memasuki posisi short dan meraih keuntungan daripada potensi penurunan harga.

Pengesahan

Trader boleh mendapatkan pengesahan daripada peningkatan volum urusniaga atau indikator teknikal lain untuk mengesahkan signal.

Untuk mengukuhkan kesahihan pola, pengesahan boleh dicari melalui signal bearish atau alat analisis teknikal tambahan.

Penyongsangan candlestick bullish engulfing

Penyongsangan candlestick bullish engulfing memberikan signal bahawa terdapat kemungkinan berlakunya penyongsangan daripada downtrend kepada uptrend, yang menunjukkan peningkatan tekanan beli dan potensi pergerakan harga ke atas. Trader sering mentafsirkan pola ini sebagai signal untuk memasuki posisi long atau mempertimbangkan peluang membeli. Pengesahan melalui analisis volum atau indikator teknikal lain dapat mengesahkan lagi pola tersebut.

Pola engulfing bullish, sekiranya dikenalpasti dengan sukses, boleh membantu anda memanfaatkan potensi penyongsangan harga dan meraih keuntungan daripada pergerakan pasaran ke atas. Gabungkan pola ini dengan alat analisis teknikal lain untuk keputusan perdagangan yang lebih tepat.

Bagaimana cara bertindak balas dengan pola bullish engulfing?

MDP-3296_1200x675_4.png
Contoh urusniaga
  1. Kenal pasti pola tersebut.

  2. Sahkan Dengan Volum.

  3. Pertimbangkan Konteks Pasaran.

  4. Masuk Posisi Long.

  5. Tetapkan Renti Rugi (SL).

  6. Gunakan Indikator Tambahan.

  7. Pantau Aksi Harga.

PENTING: Jangan lupa untuk menggabungkan pola ini dengan alat analisis teknikal lain – ia boleh meningkatkan ketepatan keputusan perdagangan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan pola engulfing

MDP-3296_1200x675_5.png
Signal bullish engulfing palsu

Signal palsu

Adakalanya pola engulfing menghasilkan signal palsu, yang membawa kepada keputusan trading yang salah jika tidak disahkan oleh indikator teknikal atau konteks pasaran yang lain.

Subjektif

Penafsiran pola engulfing adakalanya subjektif, kerana trader yang berbeza mungkin mempunyai kriteria yang berbeza untuk mengenal pasti dan mengesahkan pola tersebut.

Kekurangan konteks

Pola engulfing harus dipertimbangkan dalam konteks pasaran yang lebih luas, kerana pola yang terpencil tidak semestinya membawa kepada penyongsangan harga yang signifikan.

Pertindihan candlestick

Dalam sesetengah kes, corak engulfing boleh berlaku disebabkan oleh pertindihan candlestick atau hingar dalam carta harga, sehingga membezakan signal yang sah dan yang palsu suatu tugas yang mencabar.

Kemeruapan pasaran

Kemeruapan pasaran yang tinggi boleh meningkatkan kebarangkalian signal palsu dan mengurangkan keandalan (reliability) pola engulfing sebagai strategi trading yang standalone.

Pengurusan risiko

Pola engulfing semata-mata mungkin tidak dapat memberikan maklumat yang mencukupi untuk pengurusan risiko yang berkesan, yang memerlukan alat tambahan seperti pesanan renti rugi (SL) dan saiz posisi.

Kebergantungan pada rangka masa

Keberkesanan pola engulfing mungkin berbeza-beza pada rangka masa yang berbeza, yang memerlukan trader mempertimbangkan rangka masa yang paling sesuai dengan gaya trading mereka.

Bias pengesahan

Pedagang mungkin menunjukkan bias pengesahan (confirmation bias) dengan hanya bergantung pada pola engulfing tanpa mempertimbangkan alat analisis teknikal atau faktor fundamental lain.

Prestasi masa lalu

Prestasi pola engulfing pada masa lalu tidak menjamin kejayaan pada masa depan, kerana situasi dan dinamik pasaran boleh berubah dari masa ke masa.

Kuasa prediktif yang terhad

Pola engulfing hanya salah satu daripada pelbagai pola candlestick yang ada dan harus digunakan bersama dengan indikator teknikal lain untuk keputusan trading yang lebih kuat.

Soalan Lazim

Apakah itu pola bearish engulfing yang besar?

Pola bearish engulfing besar (big bearish engulfing) adalah pola dua candlestick di mana candlestick bullish besar diikuti oleh candlestick bearish yang lebih besar lagi yang mengepung paras maksimum dan minimum candlestick sebelumnya, menunjukkan potensi penyongsangan dari momentum bullish ke momentum bearish.

Seberapa kuatkah bullish engulfing?

Pola bullish engulfing menunjukkan potensi penyongsangan bullish yang kuat, terutamanya apabila ia terbentuk pada aras sokongan utama atau selepas downtrend yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk melihat faktor teknikal lain untuk pengesahan.

Adakah bullish engulfing signal untuk membeli atau menjual?

Bullish engulfing adalah pola bullish. Ini bermakna ia adalah signal beli yang menunjukkan potensi penyongsangan bullish. Ia menunjukkan bahawa pembeli telah mengatasi penjual, memberikan kita signal tentang peluang untuk memasuki posisi long.

Kongsi kepada rakan-rakan: